Posts

Showing posts from March, 2015

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22 IPTHO

Image
2-4 Mac 2015 Assalamualaikum :) Rumah Biru : Ravenclaw Rumah Merah : Gryffindor a.k.a Gryffondor (kehkeh jgn marah) Rumah Hijau : Slytherin Rumah Kuning : Hufflepuff Pertama kali dalam sejarah KOT sejak zaman sekolah, aku dengar nama rumah sukan cool gile beb. HAHA. Seriously. Day 1 : Quidditch Run Memandangkan KOT tahun ini bertemakan Harry Potter, makanya larian merentas desa dinamakan Quidditch Run. Sesiapa yang tahu pasal Harry Potter, mesti tahu lah kan Quidditch ni apa. Haaa, Quidditch ni game yang Harry Potter main naik penyapu terbang nak tangkap bola tu. Memanglah rentas desa ni takde kait pun dengan tangkap bola cuma nak bagi nama kat rentas desa ni sedap sikit nak sebut. Hehe. Kan? Takgitu ke?  Hmmm, biasalah aku ni tiap kali merentas desa memang semangat lari pecut mula- mula. Tinggalkan semua orang. Sekali, bila dah sampai tengah jalan pancit ah apalagi. Lari terkedek- kedek lepastu orang belakang sorang demi sorang pun potong. Ehhh, ...

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Image
270215- Jumaat Assalamualaikum :)   Pada hari Jumaat yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah menghantar seramai 12 orang wakil untuk menghadiri temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. ( bagi ayat laporan lah sikit.kehkeh) Apa itu Yayasan Sukarelawan Siswa ? Sukarelawan Siswa merupakan satu yayasan yang ditubuhkan untuk mahasiswa Institut Pendidikan Tinggi di seluruh Malaysia, tak kiralah untuk IPTA/IPTS/IPG/Politeknik/Kolej Komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Student Volunteers . :D Nak cerita, punyalah ramai manusia yang menghadiri temuduga masatu. Ingatkan ada dalam seratus lebih je. Rupa- rupanya ada dalam 500 orang yang ditemuduga pada hari itu sampaikan dah petang pun, temuduga tak habis lagi. Temuduga berkumpulan, tapi panel akan tanya soalan kepada seorang demi seorang. Kumpulan aku kena speaking in English tapi ada kumpulan yang panelnya tanya dalam Bahasa...