Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22 IPTHO

2-4 Mac 2015

Assalamualaikum :)


Rumah Biru : Ravenclaw
Rumah Merah : Gryffindor a.k.a Gryffondor (kehkeh jgn marah)
Rumah Hijau : Slytherin
Rumah Kuning : Hufflepuff

Pertama kali dalam sejarah KOT sejak zaman sekolah, aku dengar nama rumah sukan cool gile beb. HAHA. Seriously.

Day 1 : Quidditch Run

Memandangkan KOT tahun ini bertemakan Harry Potter, makanya larian merentas desa dinamakan Quidditch Run. Sesiapa yang tahu pasal Harry Potter, mesti tahu lah kan Quidditch ni apa. Haaa, Quidditch ni game yang Harry Potter main naik penyapu terbang nak tangkap bola tu. Memanglah rentas desa ni takde kait pun dengan tangkap bola cuma nak bagi nama kat rentas desa ni sedap sikit nak sebut. Hehe. Kan? Takgitu ke? 

Hmmm, biasalah aku ni tiap kali merentas desa memang semangat lari pecut mula- mula. Tinggalkan semua orang. Sekali, bila dah sampai tengah jalan pancit ah apalagi. Lari terkedek- kedek lepastu orang belakang sorang demi sorang pun potong. Ehhh, sukehati kau je. :3 Haha. Lantaklah masatu takkan nak halang "Weii , jangan potong aku." Tetiba.






 Day 2 : Acara balapan & padang (padahal manada balapan) HAHA

Memandangkan Aliah Rosman diberi mandat untuk menjadi Master of Ceremony (MC) untuk acara-acara KOT bersama tiga orang gengnya, maka Aliah Rosman hanya berada di astaka sahaja. Bagi sokongan untuk rumah Slytherin pun terjerit- jerit dari tempat emcee tu tau. Bayangkan betapa kuatnya suara Aliah Rosman bersemangat memberi sokongan kepada atlet rumah sukannya. *Patutnya kena tubuhkan cheersleader macam zaman sekolah dulu seronok bukan main masuk cheers.

 Rehearsal pasukan pancaragam. Next time saya nak ganti main keyboard bolehhh? HEHE

Mohon maaf kerana tiada gambar acara- acara KOT yang diambil sebab aku bukan Official Photographer yang berkhidmat untuk ambil gambar sepanjang KOT. KOT ada photographer khas tau! Atlet- atlet KOT ala- ala artis lah semua orang nak ambik gambar dia gitu. Bukan selalu jadi retis, ye dok? Hehe. Kitorang yang emcee umumkan acara umumkan pemenang apa semua takde orang nak ambik gambar se pun. Huwaaaaaaaa :'( Opsss, emcee bukan retis. Kfinee. lol

Day 3 : Persembahan, perbarisan & penutup 

Baiklah, kepada sesiapa yang masuk perbarisan, hari terakhir terpaksa berjemur tengah- tengah padang yang panas terik ya ampun. Ye, walaupun jadi emcee aku tetap berkhidmat untuk Slytherin tau. Tolong pegang bunga manggar untuk perbarisan. *Maklumlah, tak berkhidmat sebagai atlet jadinya berkhidmat sebagai pemegang bunga manggar pun okay kan. Bukan taknak masuk acara, nak sebenarnya! Geram je tengok manusia lain berlari- lari atas padang. Aku nak jugak. HAAHA. Nantilah, lain kali. Siaplah. 

Selain perbarisan rumah sukan & unit beruniform, ada persembahan tarian & tempur tanpa senjata. Janganlah terkejut tetiba ada orang menari tengah- tengah panas. Diorang menari style gile kot. Rugi tak tengok. Hehe. :D Tempur tanpa senjata pulak mengingatkan aku kepada zaman sekolah masa persembahan silat. Muzik background dia sebijik. Huwaaaargh rindu nak silat. Tapi kat sini takde silat. Ada taekwondo je. Takmauuu, nak silat jugakkkkk. *Hentak kaki.


 Tipu kalau taktau aku yang mana. Bukan susah pun nak cari. 

Inilah mereka geng Masters of Ceremony KOT. 

Such a good experience being MC for KOT. Thank you Kak Nany & Kak Qayyim for giving us this precious chance. 

Walaupun suara memang hmmm taktau nak kata apalah lepas jadi emcee. Masa nak umumkan pemenang, aku bukan berat sebelah tau terjerit Slytherin over excited. Huwaa. Saia terlebih semangat je rumah saia menang. Saia tak berat sebelah. Mohon maaf. kehkehhhhhhhhhh. 

Juara keseluruhan : Ravenclaw

Bila tengok KR dia bagi semangat kat atlet rumah dia, teringat pulak aku kat KR Edu masa sekolah dulu bagi semangat masa aku masuk 800m . HAHA. *KOT memang mengingatkan aku pada zaman sekolah lah. Maklumlah, memang budak sekolah je yang ade sukan bagai ni. Kalau jadi budak universiti, hmmm taktaulah ada ke tak erk. 

Tak sia- sia aku menjerit setiap kali atlet rumah hijau lalu (lari) depan astaka. Sebab atlet Slytherin dapat jadi olahragawan. Yeayyyy. Lepas habis umum pemenang apa semua, aku ucaplah tahniah kat dia lepastu dia kata "Terima kasih bagi sokongan." Aku tanya "Kau dengar ke aku jerit nama kau?" Dia kata "Dengarlah." HAHAHAHA

Dan masatu malu sendiri.

Haipp, aku jerit nama orang lain jugak tau. Taktau lah diorang dengar ke tak. Kalau bab- bab bagi sokongan ni , aku memang terlebih semangat. Lagi- lagi rumah sukan sendiri. Sampai sakit tekak lah aii.

...

Maka dengan berakhirnya KOT , bermulalah demam . Nasib baik lepas habis KOT.  


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Octopus Card Hong Kong

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG