Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

270215- Jumaat

Assalamualaikum :)

 

Pada hari Jumaat yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah menghantar seramai 12 orang wakil untuk menghadiri temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. ( bagi ayat laporan lah sikit.kehkeh)

Apa itu Yayasan Sukarelawan Siswa ?

Sukarelawan Siswa merupakan satu yayasan yang ditubuhkan untuk mahasiswa Institut Pendidikan Tinggi di seluruh Malaysia, tak kiralah untuk IPTA/IPTS/IPG/Politeknik/Kolej Komuniti.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Student Volunteers . :D

Nak cerita, punyalah ramai manusia yang menghadiri temuduga masatu. Ingatkan ada dalam seratus lebih je. Rupa- rupanya ada dalam 500 orang yang ditemuduga pada hari itu sampaikan dah petang pun, temuduga tak habis lagi.

Temuduga berkumpulan, tapi panel akan tanya soalan kepada seorang demi seorang. Kumpulan aku kena speaking in English tapi ada kumpulan yang panelnya tanya dalam Bahasa Melayu sahaja. 

"Kenapa nak pergi temuduga ni?"

Aku jawab je lah yang aku nak cari pengalaman. Aku takdelah buat karangan misi kemanusiaan sangat depan panel tu.  Masa masuk bilik temuduga tu pun, aku dah takde rasa 'butterfly in my stomach' bila nak ditemuduga sebab dah lama sangat menunggu dari 9 pagi, kumpulan aku masuk bilik temuduga tu pukul 3.30 petang. Tapi, alhamdulillah sebab sempat jugak masuk bilik temuduga walaupun lambat. Antara kami berduabelas, ada yang tak berpeluang masuk bilik temuduga sebab dah petang sangat dan pensyarah yang menghantar kami pun nak balik dah.

Dia tanya soalan common je yang tak payah kau susah- susah nak asah fikiran. Jawab je lah seikhlas hati sejujurnya. Tak payah nak reka karangan ayat bombastik tapi sebenarnya palsu je. kehkeh

Bila difikirkan semula, dalam 500 orang tu, probability untuk terpilih dan dipilih sangatlah tipis. I don't put too much hope to be selected for the mission.

Just give a try. Not a crime , right ?

 Delegasi IPTHO . Semua PPISMP. Hebat kan batch kitorang? *ceh

 Wakil TESL. *diorang kata gambar ni taklawa haaha peduli apa aku.

  Gambar rasmikan matric card. *Baru dapat sehari sebelum iv.

Kalau ada rezeki, bestnya kalau terpilih pergi Laos/Indonesia. :'( Berharap dan mengharap dapat terpilih tapi takdelah berharap dan mengharap sangat sebab orang lain yang datang temuduga tu pun bukan calang- calang orang. Diorang kena tapis dengan universiti diorang untuk iv ni. Lagipun, ramai yang dah senior. Kitorang lah paling muda kot yang datang iv tu. Takpayah tengok orang lain, dalam kumpulan aku tu diorang semua speaking English fluently walaupun diorang bukan TESL. Lagi satu, diorang senior dan dah ada banyak pengalaman dalam aktiviti sukarelawan ni.

Pendek kata, jangan mengharap sangat akan terpilih. :)

Comments

  1. Salam. Jadi mcm mana keputusan? Dapat ke tak? Sorry sbb busy body hehe. Sbb sy pun minat gak nak join volunteering ni

    ReplyDelete
  2. sedihnya kata jngan berharap sangat.. hahahah i really2 hope tht ill be accpted into this... esok iv dah rasa gementr mlam ni.. mcam mna ni.. saya pon speak x fluent ni :'(

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Octopus Card Hong Kong

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG