Octopus Card Hong Kong

Assalamualaikum :)

Kalau korang nak jalan- jalan naik public transport kat Hong Kong, korang kena ada Octopus card. 

 Octopus card

Kaunter kat aiport untuk beli Octopus card.

Octopus card ni nanti kita scan je macam touch n go tu hehe. 

Selain digunakan untuk public transport, Octopus card juga boleh digunakan di tempat- tempat terpilih untuk makan, entertainment dan shopping.

TYPES OF OCTOPUS CARD

1. Standard octopus
a) child (Age 3-11) = HK$70
b) adult = HK$150
c) elder = HK$70 

*including deposit HK$50

2. Personalised octopus = HK$100
(boleh letak nama n gambar kita kat kad tu, nanti boleh bawak balik as souvenir gitu) 
  
WHERE TO PURCHASE OCTOPUS CARD?

1. Online purchase - Klook/Kkday (nanti diorang akan post kat korang tapi make sure beli awal- awal takut taksempat sampai before tarikh korang travel)

Kalau beli kat Klook/Kkday, kita kena top up kad tu untuk guna sebab dia hantar kad je kat kita. Dalam tu takda remaining value. Nanti kat Hong Kong korang kena cari tempat untuk top up Octopus card.

 2. Kaunter - (ada banyak tempat korang boleh dapatkan Octopus card ni kat Hong Kong) antaranya: 

1. Airport
2. MTR Customer Service Centre
3. Light Rail Customer Service Centre
4. First Ferry Customer and Octopus Service Centre
5. KMB Lok Ma Chau Ticketing Office
6. Citybus Ticketing Office  
Kalau nak senang memang beli kat airport je sebab mendarat je kat Hong Kong International Airport, terus cari kaunter untuk beli Octopus card. Tanya je orang kat situ mana nak cari kaunter ni. 

WHERE TO RELOAD OCTOPUS CARD?

1. MTR machine
 2. MTR Customer Service Counter
3. Selected shop- 7-Eleven, Watsons, McDonald etc
 
 INFO

Okay sis nak bagitahu info sikit pasal Octopus card ni, contoh kita beli standard octopus - adult = HK$150

HK$50 = deposit
HK$100 = remaining value
 
-deposit $50 kita boleh dapat balik bila kita refund kad tu masa nak balik Malaysia nanti dengan syarat tiada kerosakan pada kad tersebut.

-remaining value $100 tu ialah baki yang ada dalam kad tu untuk kita gunakan naik train or bus kat Hong Kong.

-sekiranya baki kita tidak mencukupi semasa kita scan di sesuatu tempat, kita masih boleh melepasi tempat tersebut tetapi dengan syarat amaun tempat tersebut tidak melebihi $50. 

-makanya, sekarang kita ada negative remaining value dalam kad tersebut. Apabila kita reload kad tersebut, baki reload kita akan ditolak.

So gais, jangan gelabah kalau lupa reload Octopus card tapi kena pastikan amaun untuk melepasi tempat tersebut tidak melebihi $50.

TIPS 
- untuk memudahkan urusan kita, biar kita reload lebih. Sebab masa refund nanti kita boleh dapat duit kita semula. Better daripada kena top up banyak kali.

*sebab sis kena top up sampai 4 kali sebab reload $50 je setiap kali reload.

(tapi terpulang, ikut kesesuaian dan keselesaan anda) 

Boleh klik link di bawah untuk maklumat lanjut:

Okay, semoga entry ini membantu! :)

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG