PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG

Assalamualaikum :)

Memandangkan ini kali pertama sis naik airline selain AirAsia, nak share sikit pasal Cathay Pacific ni.

RETURN TICKET KUL-HKG-KUL
= RM762 (including return meals + baggage 30kg)

ESTIMATED TIME
=4 hours flight

Okay, tiket ni kitorang beli masa Cathay Pacific buat promo Merdeka so dapatlah murah sikit. Rajin- rajinlah survey tiket kat Skyscanner jugak, dalam masa yg sama tengok jugak kat website Cathay Pacific.

INFO ABOUT CATHAY 
Cathay ialah airline yang beroperasi dari Hong Kong ke bandar- bandar di seluruh dunia.
 Cathay Dragon ni dulu sebenarnya Dragon Air, airline yang beroperasi dari Hong Kong ke bandar- bandar utama China. Kemudian, Cathay beli Dragon Air dan selepas beberapa tahun, nama ditukar ke Cathay Dragon. 

(sumber: pembacaan daripada google)  

 Print online ticket, then nanti dapat tiket macamni masa check in.

 Yg ni Cathay Pacific, tapi yg kitorang naik Cathay Dragon.

Dalam departure hall.

Dalam flight. Belakang kerusi tu ada screen. Dalam tu ada banyak movie so jangan risau takkan boring. 

Kalau flight yg ada screen, stewardess dia takkan buat demo pakai seatbelt sebab dah ada dalam screen. Kita kena tengok sendiri. 

Meal on flight to HKG.  Lauk dia serious sedappp. Ada daging itik. 

 Meal masa flight balik KUL. Taktahu sebenarnya apa tu tapi makan jelah sebab lapar gilaaa. Yg dalam wrap tu macam roti prata gitu.

Make sure masa booking flight tiket, korang request Muslim meal sebab takut kang kalau makanan biasa nanti ada pork ke haa kan. *Biasa kalau special request, kita akan dapat makanan dulu daripada orang lain.  Kesian orang lain tu, tengok je kita makan dulu. ;p

 Ada headphone dia, nanti headphone tu ambiklah kalau nak ambik.

Sis tengok Brother of The Year masa flight balik KUL. Masa flight ke HKG, sis tidur dengan lenanya. Tahu2 je dah sampai. 

Kalau dah sampai ke destinasi, nanti dia keluar benda ni.

Jauh jugak sebenarnya kan?

REVIEW ON CATHAY PACIFIC

1. MEAL = Sedap. Bolehlah. Takdelah hampeh sangat. Lagipun 4 hours flight tu agak lama sebenarnya so better lah book meal siap2. Nanti sedih je tengah lapar tengok orang lain tengah makan.

2. SERVICE = Steward/stewardess- diorang ni macam takberapa nak mesra alam sangat. Bukanlah nak suruh mesra sampai boleh berborak panjang gitu. Cumanya, kalau kita panggil sampai kena panggil banyak kali tu hmm malas lah jugak kan. Orang nak mintak selimut je pun. Last2 aku malas mintak. Lepastu aku mintak plain water, dia bagi apple juice. Mana dia dengar aku sebut juice tu taktau la tapi aku minum jelah.

Masa flight balik KUL, passenger sebelah seat sis ni stranger.  Dia punya monitor tu takhidup tau. Kesian jugaklah tengok dia duk tekan screen banyak2 kali tapi tak hidup jugak. Dia pun kebosanan tengok aku boleh tengok movie, dia tak boleh. Lepastu dia mengadu kat stewardess then apa entah diorang berkomunikasi dlm bahasa diorang aku takfaham. Maybe strewardess tu try betulkan setting dari mana tah tapi tah lama takboleh jugak. Then, stewardess tu bagi macam kupon hotel keapa tah macam pampasan atas service diorang gitulah sebab monitor tu takleh hidup. Lepastu aku dengar passenger tu berbual dengan kawan dia yg kat depan seat kitorang ni, dalam bahasa dia jugak tapi aku ada dengar 'good'. So maybe dia kata takdelah dia marah sangat sebab screen tu takleh hidup sebab dia dapat something sebagai ganti.

3. PILLOW/BLANKET - Okay, dalam flight ni ada disediakan pillow and blanket tapi kena mintak kat steward/stewardess kalau korang nak. Lepastu copetlah kalau nak bawak balik. (tapi sis tak copet pun sebab takrasa nak bawak balik pun)

Okay sebenarnya overall, not bad pun service diorang cuma tang takberapa nak friendly tu jelah. Macam malas nak layan kita ni. Dalam tu penuh dengan 'geng' diorang, boleh kira dengan jari berapa je Melayu so maybe diorang utamakan 'geng' kot.

Okay, itu je kot. Have a safe flight!

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Octopus Card Hong Kong