Keterujaan membuak-buak

Cik Yah nak cite ni haa...
Assalamualaikum Jah :)

Yeay, alhamdulillah dah seminggu Cik Yah masuk semester 2 Jah. hahaha. OVER !!! Okay, Cik Yah tu tetibe wujud dlm kamus penulisan so kita biar jela dia nak muncul dalam blog ni eh? Yang 'Jah' kat belakang tu pulak sebab lately classmate Cik Yah tu haa selalu sangat sikit-sikit seru 'Jah' kat belakang ayat. Nama penuh Jah tu Tijah agaknya. Entahlah. kehkeh. Tapi kadang-kadang Kiah yang muncul. (korang takpaham takpe, yg penting adek badek TESL aku paham) *haa ambekkau Jah . adek badek terus. As long as bukan adek badak, itsokayyy.

Sebenarnya Jah, Cik Yah ni memang excited nak masuk sem baru. Dari cuti sekolah haritu lagi. Katanya excited nak kemas bilik baru sebenarnya. *kau jangan ingat Cik Yah tu excited kemain nak belajar. hahaha. 

Eh, excited nak belajar pun iye jugak. (kite iye kan aje) .

Haa Jah, tahu tak sebenarnya Cik Yah belajar kat mana? ( main lagu background awakkatmane jap ). Bagi orang lain mungkin tempat yang Cik Yah belajar ni takbest manapun. Takmenarik langsung pun kot. *tu orang kata. Kau belum dengar Cik Yah kata lagi. Ha, kalau dia huraikan habislah kau. Mesti kau rasa nak masuk kat situ belajar sama- sama dengan Cik Yah. Takgitu? Haaa. HASHTAG OVER. 

Okay, tutup mata, Cik Yah kira 1 2 3 baru bukak eh?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.

1

2

3

jengjengjeng


                                            inilah dia tempat Cik Yah menuntut ilmu.

Baru nak masuk 2 semester kat sini. Cik Yah bukannya apa, Cik Yah suka tempat ni sebab dekat dengan rumah. Agendanya, Cik Yah boleh balik rumah selalu. Kau tekan suis yang dekat tiang apa entah tu pastu kau tunggu kereta berhenti, pastu kau melintas dengan catwalknya. Kehkeh. Lepastu kau tunggu lah kat bus stop tu. Tunggu apa? Tunggu bas tingtong ah. Kau nak naik bas ekspres, kau pergilah bus station sensorang. Cik Yah malas. Baik tunggu bas tingtong walaupun takde aircon.  

Tapi kan Jah, hari Khamis haritu, Cik Yah tunggu bas tingtong macam biasalah kan. Terkejut Jah, tetiba bas tingtong dah bertukar wajah. wuuuuuuuu. Cun lah. hahahaha. Lama jugak Cik Yah tengok kat papan location yang ada kat tingkap bas tu , kotkot lah nanti salah naik bas takpasal- pasal dia hantar aku pergi Kelantan (boleh jumpa Samimi). huwaaaa. OVER LAGI. Samimi tu sape? Lain kali Cik Yah cite. Okay, lepas tenung bas tu lama sikit Cik Yah pun naik. Haaa, berita gembira untuk Cik Yah, balik Kluang RM 5 jek naik bas tu. hihi. (biasanya RM 5.60) . Memanglah 60 sen tu takbanyak mana habis kalau tiap- tiap minggu Cik Yah kumpul 60 sen dah dapat banyak mana dalam setahun?

Hurm, Jah !



ini blok lama Cik Yah. Semester 1 lepas. Tetiba Semester 2 kena pindah blok Jah. Sedih. *tapi mula-mula je lah.



Takde gambar blok baru. Gambar kunci cukuplah Jah. 

Kalau taktahu, Cik Yah nak bagitau yang dia dah ambik kunci bilik and angkut barang- barang dia masuk dalam bilik sebelum waktunya lagi Jah ! Excited katekan. Eleh, awal beberapa hari jekkk. Patutnya ambik kunci hari Sabtu, dia pergi hari Selasa sebelum tu lagi. Bila dapat bilik ground floor, taktahu nak react macam mana sebab sebelum ni kan dia dapat bilik aras 3 kena naik turun tangga. *Bila dah biasa naik turun tangga ni tetiba dah takde naik turun tangga rasa tak adventure lah Jah oiii! Eceh, sape kata takde naik turun tangga? Ade je tangga sebenarnya. Sebab Blok Murni tu ala- ala bawah tanah sikit. Nasib kau lah.


Aktiviti malam pertama.


Kuikui. Kau jangan main- main. Cik Yah ni rajin sebenarnya kalau kau taktahu. Masuk kali ni je dah berapa kali dia betulkan gambar- gambar yang tetiba gedik nak jatuhkan diri tu. Sabo jelah. Takpe, lepasni kalau gambar- gambar tu gedik nak jatuh lagi, tahulah Cik Yah nak buat macam mana!

Ouh ya, Cik Yah lupa nak selfie hari pertama kelas. kehkeh. Bukan lupa, sebenarnya malas. Hari pertama pakai baju batik lah. Kan ada assembly. Patutnya pakai uniform KRS tapi aksesorinya takde lagi so kita ngelat ah kejap takpayah pakai. Masa assembly haritu Cik Yah and the gang duduk belakang sekali. *Nasib ada kerusi. Cik Yah dengan senang hatinya memang dah plan nak tidur masa assembly. kihkih. (kau jangan report kat orang lain Jah. ni kite- kite je tahu). Haaa, dah plan nak tidur kan, apelagi. Cik Yah berjaya tidur selama 1 jam dalam assembly tu. Cukuplah takat 1 jam sebab assembly memang sejam jek. kehkehhhhhhhhhhhhhh. Tapi haritu lama sikit. Lepas bangun tidur tu rupanya assembly belum tamat. *Dapat tidur dengan tenang bangun tidur bahagia jekkk.

Ok lah Jah. Sebenarnya Cik Yah ada homework ni taksiap lagi. Balik rumah ni lah baru Cik Yah ada peluang nak menaip blog sebab kat maktab tu, wifinya mati segan hidup takmahu. Nak segan- segan dengan Cik Yah buat ape? Nak manja- manja pun beragak lah wifi iptho woiii. 

Babai Jah. Jumpa lagi. Kirim salam kat kucing kau.





Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Octopus Card Hong Kong

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG