Backpacker | Travel To Penang | 4 Days 3 Nights | Part 1
13-16 Mac 2015
Assalamualaikum :)
Sebenarnya dah lama ada dalam draft tapi tak habis taip pun dan sebenarnya dah lama dah cerita pasal percutian ni tapi belum ada masa yang sesuai untuk betul- betul menaip blog. Maklumlah, lepas cuti midsem bulan Mac haritu, Lily busy dengan assignmentsss yang berlonggok- longgok tu. Kalau belajar kat IPG, memang ada musim assignment semua orang macam hilang arah (Lily je kot). lulz.
Alright, macamni ceritanya. Lily ada sorang classmate ni, dia suka travel dan jenis main redah je tempat baru. Lily pun jenis tak kisah jugak, boleh je nak redah pergi mana- mana tapi kena ada temanlah. Kalau sorang- sorang memang taklah. So, kitorang pun decide masa cuti midsem nak pergi Penang. Berdua je. Kira ala- ala backpacker gitulah. hehe
Alright, macamni ceritanya. Lily ada sorang classmate ni, dia suka travel dan jenis main redah je tempat baru. Lily pun jenis tak kisah jugak, boleh je nak redah pergi mana- mana tapi kena ada temanlah. Kalau sorang- sorang memang taklah. So, kitorang pun decide masa cuti midsem nak pergi Penang. Berdua je. Kira ala- ala backpacker gitulah. hehe
12 Mac 2015-Khamis
Kami bertolak pada hari Khamis sebab kalau kat Johor, hari Khamis kan hari last sekolah. Lepas habis kelas, kami packing barang lepastu bertolak pergi stesyen bas. Bas kami ke Butterworth bertolak pukul 7.30 p.m. Nak ambik bas malam tapi tiket dah habis masa beli tiket tu. Nak taknak, terpaksa ambik bas pukul 7.30. Bila dah naik bas, tidur je lah sepanjang perjalanan.
13 Mac 2015-Jumaat
Haaaaaaaaaa, kami tiba di Butterworth pada pukul 3.00 a.m. Masatu, lepas turun bas taktau nak pergi mana sebab bas tu turunkan kami bukan dalam kawasan stesen bas. Dia turunkan kami macam kat tepi bus stop gitu. Kitorang pun pergilah merayau cari surau. Lepastu jumpalah satu bangunan yang untuk beli tiket KTM dan laluan ke feri. (tak ingat nama tempat tu apa). Lepastu, solat Jamak Takhir kat surau tu. Bila dah nak subuh, kitorang mandi kat tandas situ. Nasib baik tandasnya bersih. Lepas solat Subuh, bersiap cantik- cantik, kitorang pun hunting for breakfast. Eh, cari tiket nak balik rumah dulu sebab takut masa hari nak balik nanti takde tiket. Ha, tinggallah kau sorang- sorang kat Penang terkontang- kanting.
Lepas settle semua urusan, kami naik feri menuju ke Georgetown.
![]() |
Ni dah siap cantik- cantik cari breakfast! Lapar. Nampak tak gaya backpacker gitu? HAHA |
Hari pertama di Penang, kami habiskan seharian di Penang Escape Theme Park . Dari Komtar, naik bas Rapid Penang 101 / 102 menuju ke Teluk Bahang. Tambang bas ke sana RM4.20. Kalau nak naik bas Hop on Hop off pun boleh. Yang menariknya, bas Hop on Hop off ni, bayar sekali je lepastu dalam tempoh 24 jam/48 jam, kita boleh naik dan turun bas berapa banyak kali pun tak kisah. Bas ni jenis double decker dan di bahagian atas terdapat ruang untuk mereka yang sukakan udara semula jadi. Takdelah asyik duduk dalam aircon je kan.
![]() |
Atas bas hop on hop off. Huwaaaa walaupun terik mentari tapi I gigih nak duduk kat atas jugak. |
Perjalanan ke Teluk Bahang mengambil masa kira- kira 1 jam. Turun je dari bas, terus pergi kaunter tiket. Kalau nak tahu bayaran masuk boleh lawat laman web Escape Theme Park. Lebih baik sediakan duit lebih sebab dalam kawasan tu 'no cash'. Maknanya, kalau nak beli makanan, takboleh guna duit. Style dia, top up dalam wristband. Nanti dia bagi wristband, kalau nak beli apa- apa, scan je kat wristband tu. Baki yang tinggal dalam wristband tu boleh guna sampai habis. Kalau taknak guna sampai habis, boleh juga nanti refund je baki kita tu. Oh yaa, kalau naik bas Rapid Penang, tiket bas tu jangan dibuang sebab tambang bas boleh claim semula. So, RM 4.20 tambang tadi tu boleh buat top up dalam wristband. Dalam kawasan tu ada kemudahan seperti locker, tandas, surau, foodcourt so takpayah risau. Duduk je dalam kawasan tu seharian.
![]() |
Wristband dia canggih, boleh scan. HAHA. Seriously jakun. |
![]() |
Pemandangan pertama selepas entrance. Ya ampun, dia punya berselirat aduhhh tengoklah sendiri. |
![]() |
SERIOUSLY ! Benda ni paling gila yang I pernah buat sepanjang hidup. |
Walaupun bayaran masuknya agak mahal, tapi berbaloi kot sebab best gila dapat main semua game yang ada kat situ. BEST GILA WEH ! Korang try lah. Seriously. Tak boleh nak describe macam mana bestnya tu. Tapi kalau untuk orang yang gayat, penakut, memang tak boleh lah nak main semua game kat situ. Mungkin boleh masuk gua dia je. kehkeh. Memandangkan berada di kawasan tersebut terasa seperti berada di dalam hutan, maka haiwan seperti biawak kecil yang comel tu suka- suka hati je lalu lalang kat situ macam dia pun pengunjung kawasan tu. Nasib tak merayap kat kaki aku je.
Baiklah, seharian berada di situ memang rasa taknak balik.
Dah petang, kami pun bergerak naik bas Rapid Penang menuju ke Lovelane. Kami dah book hotel awal- awal sebabtu boleh bersuka ria dengan senang hatinya main game kat Escape Park tu. Hotel yang kami menginap tu namanya Red Inn Heritage Guesthouse. Sebenarnya bukan hotel lah, tapi guesthouse. Memang sangat murah dan sesuai untuk backpacker. Bilik untuk 2 orang, 1 malam bayarannya RM 36. Ada katil double decker dan air-con. Hehe, tapi selesa je buat tidur. Kita nak berjalan, bukan nak duduk bilik je so bilik tu buat tidur je.
Baiklah, malam pertama di Penang. Have a good night!
Red Inn Heritage share toilet dengan customers lain ke sis?
ReplyDeleteyes. heritage share toilet. tapi jangan risau, toilet dia bersih :)
Deletekorang pergi penang memang naik public transport eh ? kalau dari ktm nak ke escape park tu mcm mana ye ?
ReplyDeleteyes. memang naik public transport. kalau dari ktm ke escape park kena naik bas rapid ke teluk bahang.;)
DeleteSalam, betul ke tiket rapid Penang boleh refund kt escape theme park?
ReplyDelete