"Takdelah busy mana"

"Betul ke tahun ni aku dah 20 tahun?"

"Seriously tak boleh terima kenyataan nak masuk 20."

"Weh, dah 20 perangai kenalah mature sikit."

"Aliah, dah 20 kan?"

"Janganlah macamni kau bukan budak- budak lagi."

.

Dah 3 minggu berlalu semester baru. Semester 2 tahun 1 Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Semester yang agak tough. Semester yang mestilah lagi lain daripada semester sebelumnya.

Busy. Itu je. Ye, rasanya memang dari dulu hidup kat sini busy.

Tapi kalini super busy. Belum duper busy lagi ye, akan datang jadilah super duper busy.

Busy apa? Mungkin sebenarnya bagi orang lain takdelah busy sangat. Memanglah takbusy pun. (acah je busy lulz)

PERHATIAN. INI BUKAN RUNGUTAN. SEKADAR PERKONGSIAN.

Hari pertama buka semester - tetiba suruh buat report Penang Bridge International Marathon. Nampaklah muka aku memang muka secretary. Dari sem lepas. Tapi tak kisah pun. Setakat buat report, sekejap je siaplah. Kan Bahasa Melayu SPM aku A+. No hal lah. Lagipun aku kan memang suka mengarang. *ceittt

Hari keberapa entah tak ingat (masih dalam first week). Tetiba terjadi setiausaha tanpa sengaja untuk kelas Elektif Muzik. Yang ni jangan kata "ek eleh s/u kelas je kot bukan buat apapun." Eh hello. Hai. Semester 2, assignment kitorang kena main gamelan dan caklempong. Kena buat konsert. Dalam Rancangan Maklumat Kursus Muzik Malaysia tercatat di situ wajib menghadiri dan menonton sekurang- kurangnya dua persembahan muzik tradisional dan tradisional gabungan barat. Ini bermakna kerja setiausaha ialah buat kertas kerja. 

Aku takkisah pun. Kertas kerja je kot. Cuma jadi kisah bila terpaksa tak masuk kelas siapkan benda tu. 

"Eh, come on lah biasalah tu tak masuk kelas siapkan kerja lain."

"Masalahnya bukan tu, hmmmm adalah." (masalah betul kalau berurusan dengan orang)

K.

Sekarang.
Settle dah lawatan ke Petaling Jaya untuk gamelan & Putrajaya untuk dikir barat. Tinggal buat report.

Bengkel belajar main gamelan kat rumah Wak Miskon pun settle tinggal buat report.

Ouh yea, Save Our Rainforest Race punya paperwork pun dah settle. 

Tapi sedihnya berkemungkinan aku takdapat pergi sebab clash dengan bengkel. Bengkel lagi. Kalini Bengkel Gamelan, Caklempong dan Dikir Barat. 3 in 1. Dah cuba adjust tarikh sebab kalau tarikh sebenar clash dengan KOT. I taknak lah skip KOT. Kalau tak participate acara  pun I takkisah as long as I can be on the field. Yeah I know kat padang nanti sunburn habis gila hitam teruk confirm. Tapi pernah ke aku kisah? (kisah jugak tapi buat- buat takkisah) As for me sunburn is an ongoing process so let it be. I can't stop it. Seriouslah. dulu aku taksuka sports thingy and anything that related to sports. Tapi sejak masuk maktab tetiba dapat semangat kesukanan entah taktahu daripada mana. But it is a good thing tho.

Things keep coming up. Proceed with paperwork for that 3 in 1 bengkel.

Oh yea, something pops up. Larian jemputan IPG Teknik. Yeah another paperwork.

Assignment- konsert. Proceed jugak. 

Nak organise concert- bukan mudah. 

Things keep changing too. Harini benda lain, tetiba esok kena tukar buat benda lain.
 
Paling tak best- Harini ditinggalkan oleh classmates gonjeng sebab diorang organize language games for Polytechnic Nilai punya camp. Tambah memilukan apabila ada orang send gambar kt ws keseronokan mereka sementara sekuntum Lily ditinggalkan di maktab sebab belajar gamelan. Ye, dia redha.

Why anything that related to me must be clash? K kita clash.

Dan sekarang musim latihan rumah sukan. Aku dapat rumah toyol. Mereka kata Goblin dalam COC.

Dan juga dah start training rugby.

Juga dalam masa yang sama kena cepat pick up main untuk subjek sukan- bola sepak, hoki, netball, basketball and sepak takraw yang aku tak pernah main then belajar for 4 hours tetibe amali tetiba exam.

Yaaa dalam masa yang sama jugak lagi, kena fokus dlm kelas, presentations and so on.

Tournamnet rugby tu kalau takdapat pergi pun takpe. I know we'll be very busy soon, in the month of March masatu PBS, assignments, dengan bengkel nya, KOT nya belah mana aku nak pergi tournament?

Super wow. Tak eh? Kfine.

Saya tak busy.


Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Octopus Card Hong Kong

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG