Posts

Showing posts from 2015

Backpacker | Travel To Penang | 4 Days 3 Nights | Part 1

Image
13-16 Mac 2015 Assalamualaikum :) Sebenarnya dah lama ada dalam draft tapi tak habis taip pun dan sebenarnya dah lama dah cerita pasal percutian ni tapi belum ada masa yang sesuai untuk betul- betul menaip blog. Maklumlah, lepas cuti midsem bulan Mac haritu, Lily busy dengan assignmentsss yang berlonggok- longgok tu. Kalau belajar kat IPG, memang ada musim assignment semua orang macam hilang arah (Lily je kot). lulz. Alright, macamni ceritanya. Lily ada sorang classmate ni, dia suka travel dan jenis main redah je tempat baru. Lily pun jenis tak kisah jugak, boleh je nak redah pergi mana- mana tapi kena ada temanlah. Kalau sorang- sorang memang taklah. So, kitorang pun decide masa cuti midsem nak pergi Penang. Berdua je. Kira ala- ala backpacker gitulah. hehe 12 Mac 2015-Khamis Kami bertolak pada hari Khamis sebab kalau kat Johor, hari Khamis kan hari last sekolah. Lepas habis kelas, kami packing barang lepastu bertolak pergi stesyen bas. Bas kami ke Butterworth...

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-22 IPTHO

Image
2-4 Mac 2015 Assalamualaikum :) Rumah Biru : Ravenclaw Rumah Merah : Gryffindor a.k.a Gryffondor (kehkeh jgn marah) Rumah Hijau : Slytherin Rumah Kuning : Hufflepuff Pertama kali dalam sejarah KOT sejak zaman sekolah, aku dengar nama rumah sukan cool gile beb. HAHA. Seriously. Day 1 : Quidditch Run Memandangkan KOT tahun ini bertemakan Harry Potter, makanya larian merentas desa dinamakan Quidditch Run. Sesiapa yang tahu pasal Harry Potter, mesti tahu lah kan Quidditch ni apa. Haaa, Quidditch ni game yang Harry Potter main naik penyapu terbang nak tangkap bola tu. Memanglah rentas desa ni takde kait pun dengan tangkap bola cuma nak bagi nama kat rentas desa ni sedap sikit nak sebut. Hehe. Kan? Takgitu ke?  Hmmm, biasalah aku ni tiap kali merentas desa memang semangat lari pecut mula- mula. Tinggalkan semua orang. Sekali, bila dah sampai tengah jalan pancit ah apalagi. Lari terkedek- kedek lepastu orang belakang sorang demi sorang pun potong. Ehhh, ...

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Image
270215- Jumaat Assalamualaikum :)   Pada hari Jumaat yang lalu, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn telah menghantar seramai 12 orang wakil untuk menghadiri temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. ( bagi ayat laporan lah sikit.kehkeh) Apa itu Yayasan Sukarelawan Siswa ? Sukarelawan Siswa merupakan satu yayasan yang ditubuhkan untuk mahasiswa Institut Pendidikan Tinggi di seluruh Malaysia, tak kiralah untuk IPTA/IPTS/IPG/Politeknik/Kolej Komuniti. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Student Volunteers . :D Nak cerita, punyalah ramai manusia yang menghadiri temuduga masatu. Ingatkan ada dalam seratus lebih je. Rupa- rupanya ada dalam 500 orang yang ditemuduga pada hari itu sampaikan dah petang pun, temuduga tak habis lagi. Temuduga berkumpulan, tapi panel akan tanya soalan kepada seorang demi seorang. Kumpulan aku kena speaking in English tapi ada kumpulan yang panelnya tanya dalam Bahasa...

MAJLIS UJIAN TILAWAH TAFSIR QURAN HAFAZAN SYARAHAN DAN NASYID (MUTTQHSN)

Image
Assalamualaikum :) Tajuk seperti yang tertera di atas. Panjang tak? Kalau nak tahu, MUTTQHSN ni sebenarnya pertandingan. Bila digabungkan semua pertandingan tu, jadilah MUTTQHSN. Haha. Tahu tak nak 'pronounce' macam mana? Hmm, cuba sebut Mutthoqhozhon . Gitu kot. Lebih kurang lah. Memandangkan Aliah Atiqah ni, pantang kalau dengar ada pertandingan sikit. Sebok je dia nak menyibukkan diri nak masuk jugak. kehkeh.  Antara pertandingan yang dijalankan : 1. Tilawah al-Quran  2. Tafsir al-Quran 3. Hafazan 4. Syarahan Bahasa Melayu 5. Syarahan Bahasa Arab 6. Nasyid Antara enam pertandingan, Aliah Atiqah dengan seronoknya telah menyertai separuh daripada enam pertandingan tersebut. :D - Tafsir al-Quran - Syarahan Bahasa Arab - Nasyid Macam biasa. Bagi ayat cliche. "Masuk pertandingan sebab nak cari pengalaman je. Menang ke kalah ke lain cite." jangan bosan eh dengar ayat ni sebab ni memang trademark setiap kali nak masuk pertan...

Keputusan Pilihan Raya Kampus

Image
Assalamulaikum :) Keputusan Pilihan Raya Kampus telah diumumkan pada hari Ahad yang lalu. Tapi sebenarnya dah tahu keputusan tu pada hari mengundi lagi.  Seperti yang aku kata sebelum bertanding, "Nak cari pengalaman je dulu. Kalah menang lain cite." Dan, selepas tahu keputusannya, memang seperti yang aku jangkakan pun. Dan, perasaan masatu, hmm, redha. Hahaha. Takpelah, mungkin budak PPISMP memang takdapat kepercayaan semua orang lagi sebab classmate aku yang lagi sorang tu pun takmenang jugak.  Tapi, bila tengok balik jumlah undian, ramai jugaklah yang undi kami. *swag. Lebih daripada 90 orang. hahaha. Kira ramai jugaklah tu sebab batch kitorang pun dua kelas je yang layak  mengundi untuk kitorang. Dua kelas taksampai 40 orang pun. Ini bermakna, terdapat senior- senior TESL (mungkin senior BC jugak) yang meletakkan kepercayaan kepada kitorang yang kitorang ni boleh jadi pemimpin. *angkat kening sikit. haha  Dan, selepas tahu result undian, ada ...

Hari Penamaan Calon JPP IPGKTHO

Image
Assalamualaikum :) 29 Januari 2015 Hari Penamaan Calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sebenarnya dah last minute baru decide nak bertanding ke tidak. Sebab apa tetiba nak masuk bertanding pilihan raya? To be honest, memang sebab aku nak. Hurm, senang cerita  macam ni lah, benda- benda yang social skills or soft skills ni bukannya semua orang boleh dapat. Benda- benda yang tak boleh dapat dalam kelas ni lah yang aku suka. Buat itu, buat ini. *haha. yeke?  Malas nak cerita banyak- banyak. Kalau menang, alhamdulillah. Kalau tak menang, belum rezeki lah tu. Takpe.  Mintak pengesahan mentor daripada Daddy Piah. Lepas Budaya Quran, daddy belanja kitorang makan kat cafe. hahaha. Rezeki jangan ditolak. Lepastu mintak tandatangan Daddy untuk borang tu.   Thanks to Pikah sebab sudi jadi pencadang n Qifa sebab sudi jadi penyokong untuk pencalonan.    Nasib baik ada roommate baik hati nak tolong jadi pencadang. Nasib baik ada ...

I need your cooperation please !

Image
Assalamualaikum :)       KRS collage Yeayyy. Akhirnya dapat jugak siapkan collage ni walaupun buruk. You know what ? >_< Aku beria excited sangat nak buat benda ni tau. Seminggu aku tunggu hari Rabu . Sebenarnya, masa hari first rasmikan baju ni, aku dah ambik dah gambar semua budak perempuan cuma masatu macam takde masa yang sesuai nak ambik gambar budak lelaki sebab haritu sehari suntuk memang takde kelas langsung. Budak perempuan senang je sebab girls always stick together. *err. haha Lepastu petang tu, aku whatsapp lah kat group kelas sebab konon- kononnya aku nak buat haritu jugak. Aku try mintak gambar 5 orang jejaka kelas ni tapi , biasalah kalau dah balik bilik, semua busy nak berkuak lentang  atas katil. So , consider lah sikit. Takkan lah aku beria nak paksa ambik gambar sekarang tu jugak. Lagipun benda tu bukannya urgent pun. Itsokay , aku tunggu next Wednesday. Alright, next Wednesday nya pun dah sampai. Bila dah masuk kelas...