MAJLIS UJIAN TILAWAH TAFSIR QURAN HAFAZAN SYARAHAN DAN NASYID (MUTTQHSN)
Assalamualaikum :)
Tajuk seperti yang tertera di atas. Panjang tak? Kalau nak tahu, MUTTQHSN ni sebenarnya pertandingan. Bila digabungkan semua pertandingan tu, jadilah MUTTQHSN. Haha. Tahu tak nak 'pronounce' macam mana? Hmm, cuba sebut Mutthoqhozhon . Gitu kot. Lebih kurang lah.
Memandangkan Aliah Atiqah ni, pantang kalau dengar ada pertandingan sikit. Sebok je dia nak menyibukkan diri nak masuk jugak. kehkeh.
Antara pertandingan yang dijalankan :
1. Tilawah al-Quran
2. Tafsir al-Quran
3. Hafazan
4. Syarahan Bahasa Melayu
5. Syarahan Bahasa Arab
6. Nasyid
Antara enam pertandingan, Aliah Atiqah dengan seronoknya telah menyertai separuh daripada enam pertandingan tersebut. :D
- Tafsir al-Quran
- Syarahan Bahasa Arab
- Nasyid
Macam biasa. Bagi ayat cliche. "Masuk pertandingan sebab nak cari pengalaman je. Menang ke kalah ke lain cite."
jangan bosan eh dengar ayat ni sebab ni memang trademark setiap kali nak masuk pertandingan.
Hari pertama : 25.02.2015-Selasa
Tafsir al-Quran. Sebenarnya gelabah sangat. Hahaha.Sebab tak pernah pun terjebak dengan pertandingan keagamaan gini. Lagilah nak mentafsir Quran.
Pertandingan ni, kena pilih satu ayat daripada mana- mana surah dalam al-Quran , kemudian tafsirkan ayat tersebut berkisah tentang apa. Ayat yang aku pilih adalah dari Surah al-Hujurat ayat 10.
"Sebenarnya orang- orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu ; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Surah al-Hujurat:10
Seriously, masa bertanding ni, tak fikir pun akan dapat nombor. Sebab rasanya macam apa yang aku tafsirkan tu takde kena mengena dengan ayat. Lagipun, banyak lagi benda yang aku nak cakap tapi masatu masa dah habis. Terpaksa berhenti jugak. Sedih tau takdapat habiskan apa yang aku nak cakap. Tapi takpelah.
Hari kedua: 26.02.2015-Rabu
Nasyid. Yang ni paling best. Lagu al-Haq - Mawi & AC Mizal dan Your Mother - taktahu penyanyi asal.
Ku bersujud padamu
Berdoa pada yang satu
Padamu aku mengadu
Allah yang satu
Mohon petunjuk darimu
Berderai air mataku
Kuingin dekat denganmu
Sampai sekarang terngiang- ngiang dalam otak.
Dah lama tak nyanyi depan orang ramai guna mic. Dulu masa kecik pernahlah jugak nyanyi kat kenduri kahwin. HAHAHA. Tu masa kecik- kecik dululah tak tahu malu suara taksedap. One more thing, nasyid is not my thing. To be honest, I don't really listen to nasyid song and I never participate in nasyid since my schoolhood. Such a err whatever. Tapi, bukannya taksuka lagu nasyid langsung, cuma jarang lah nak dengar nasyid. Hmm, maybe I can activate myself in nasyid after this? Huahuaa.
Syarahan Bahasa Arab. Takhafal pun sebenarnya.
Teks syarahan dah ada lama dah sebelum cuti raya cina haritu. Tapi, kalau kat rumah nak menghafal memang liat lah. Sebabtu redha pasrah menyerah je takhafal teks. Takdapat nombor pun memang takkisah. Tapi kalau peringkat luar, rugi lah. Sebab peringkat dalam maktab je lah takkisah takdapat nombor. Kalau peringkat luar , memang pulun habislah hafal teks.
Keputusannya :
Dan, inilah hasilnya 'mencari pengalaman' dan 'mengisi masa lapang'. Nasyid- saguhati. Nombor 3 ni bukan ke-3 daripada 3 orang tau! Tumbok kang. hehe.
Kesimpulannya, (ceh, ada kesimpulan) Aliah Atiqah memang suka nak cuba benda baru. Kalau bertanding takdapat nombor pun bukannya dia kisah. Bukannya dia tahu malu sebab takdapat nombor. Kalah tak bermakna tak bagus. Banyak lagi peluang untuk memperbaiki diri. Dan, menang tak semestinya bagus. Rezeki je tu. She just wanna enjoy herself with great experiences as for her, : "experience is priceless".
Kat maktab ni, kalau tak join apa- apa aktiviti, rasa macam lifeless gila walaupun sebenarnya banyak je kerja yang nak kena siapkan. Tapi, hidup kita ni memang untuk siapkan assignments je ke?
I kennot lah. HAHA. Assignments is not my thing also. *muahbanyak kat esaimen.nanti saya siapkan awak eh?
I kennot lah. HAHA. Assignments is not my thing also. *muahbanyak kat esaimen.nanti saya siapkan awak eh?
Comments
Post a Comment