Keputusan Pilihan Raya Kampus

Assalamulaikum :)

Keputusan Pilihan Raya Kampus telah diumumkan pada hari Ahad yang lalu. Tapi sebenarnya dah tahu keputusan tu pada hari mengundi lagi. 

Seperti yang aku kata sebelum bertanding, "Nak cari pengalaman je dulu. Kalah menang lain cite."

Dan, selepas tahu keputusannya, memang seperti yang aku jangkakan pun. Dan, perasaan masatu, hmm, redha. Hahaha. Takpelah, mungkin budak PPISMP memang takdapat kepercayaan semua orang lagi sebab classmate aku yang lagi sorang tu pun takmenang jugak. 

Tapi, bila tengok balik jumlah undian, ramai jugaklah yang undi kami. *swag. Lebih daripada 90 orang. hahaha. Kira ramai jugaklah tu sebab batch kitorang pun dua kelas je yang layak  mengundi untuk kitorang. Dua kelas taksampai 40 orang pun. Ini bermakna, terdapat senior- senior TESL (mungkin senior BC jugak) yang meletakkan kepercayaan kepada kitorang yang kitorang ni boleh jadi pemimpin. *angkat kening sikit. haha 

Dan, selepas tahu result undian, ada senior- senior yang terserempak dengan aku lepastu kata "Kenapa takmenang? Kitorang undi awak tau. Takpe, tahun depan nanti bertanding lagi. Kitorang undi awak lagi." 

And I was like . "Wow, dah ada penyokong lah. Haha. Takpe-takpe, saya banyak lagi masa kat sini. Kena belajar banyak benda lagi. Yeay, terima kasih undi :D"

*Dan beberapa lagi senior kata perkara yang lebih kurang sama bila bertembung.


Faham tak perasaannya bila senior yang agak jauh jugaklah jaraknya daripada kita, jarang bertegur, tapi cakap benda yang bagi aku rasanya cukup bermakna lah bila senior sendiri yang cakap macamtu.

Poster adalah usaha untuk memperkenalkan diri dan memancing undi. HAHAHA.

Seminggu sebelum hari mengundi. Calon lain gantung poster sehari sebelum hari mengundi. Kitorang excited kemain gantung awal. First time bertanding kannnn. HAHAHA. 

Classmates yang tolong gantungkan poster. *Tukang gantungnya frhnyzdhaha lah sebab dia paling  tinggi. HEHE

Ini keadaan sebenar sehari sebelum hari mengundi.

Keadaan semasa hari mengundi. *Ni awal-awal pagi lagi class kitorang paling awal sampai.


Ini hari selepas keputusan. Dah takmenang, apalagi. Turunkan poster lah bro. Mintak balik 20 ringgit kat SPR -.-






Alright, since I'm so touched with these lovely seniors and friends , I wanna keep their words in my blog. :D













I love all of these words . Thank you :D


"Never disgrace the honour"
Kalah menang itu adat.
Nak dapatkan kepercayaan semua orang itu bukan mudah.
Ada yang yakin dengan kemampuan kau.
Ada yang tidak.

Kepada yang yakin : Terima kasih atas kepercayaan. *Terharu bila ada senior kata dia undi baby junior dia. awwww. hehehe
Kepada yang tak yakin : Kau tengoklah satu hari nanti. Hahahaha.

Reaksi bila tahu result : "Hahaha. Kfinee. Aku lama lagi kat sini. Lek luuu"

Kepada yang berjaya : Tahniah semoga mereka tidak salah memilih anda. Buktikan mereka tidak salah dan tidak akan menyesal dengan pilihan mereka sendiri.
Kepada yang tidak berjaya : Rilek ah. At least ada pengalaman muka kau tergantung kat maktab. Bukan senang tau. Orang lain ado? Hahahaha. Pengalaman tu penting tau. lol

Menang kalah tetap alhamdulillah. 

Kalah bertanding bukan sesuatu yang perlu dimalukan. Mungkin menjadi pemangkin untuk lebih berusaha membuktikan kemampuan.
Menang bertanding pula bukan sesuatu yang mesti dibanggakan. Selamat berjuang membuktikan kebolehan. :D


Memandangkan "LEADERSHIP IS AN ACTION, NOT POSITION" ,
tak semestinya kena ada jawatan dulu baru boleh ada 'leadership' kan?

InsyaAllah, sekiranya diberi ruang dan peluang, 'leadership' itu akan wujud.

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Octopus Card Hong Kong

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG