Backpacker | Travel to Penang | 4 Days 3 Nights | Part 2


13-16 Mac 2015

Assalamualaikum.


Yeahh. Part 2 yooo. Sorry lambat gila- gila update. Walaupun dah basi, tapi takpe Lily nak update jugak. So, here we go. Kita sambung hari kedua di Penang k?

14 Mac 2015-Sabtu

Okay, hari kedua kami pergi Penang Hill a.k.a Bukit Bendera. wuwuwuwuu. HAHA. Lily excited bab- bab bukit ni tapi nasiblah kan nak naik Penang Hill tu takpayah nak kena panjat- panjat kotor kena tanah ke apa kalau tak leceh jugaklah kan nak hiking. *orang tengah dalam mood tourist bukan hiker. kehkeh

Kami gerak dari hotel pergi Komtar lepastu cari bas ke Penang Hill. Sorry tak ingat tambang berapa and tak ingat bas nombor berapa. huhu.

Tiket Penang Hill yeayyyy
Masa beli tiket tu kena tunjuk IC sebenarnya tapi akak kaunter tu bagi tiket kanak- kanak HAHAHAHA.

Lily dengan Qifa tak tipu umur kitorang lah. Dah terang- terang akak kaunter tu cek ic kami tapi dia bagi tiket kanak- kanak jugak nak buat macam mana. Ambik jelah. So, bayaran untuk tiket kanak- kanak RM4.00 je. :)

Naik tren ni lah. HEHE. Serious seronok gila macam roller coaster.

Tren sebelah. Dulu panggil cable car. Sekarang pun panggil cable car jugak kot. Entahlah,


Kalau gayat jangan tengok luar.
Tadaaaaaaaaaaaaaaa. Dah sampai puncak Penang Hill !
Nah belanja gambar Qifa siketttt. :*

Masatu cuti sekolah, so ramai orang berduyun- duyun nak naik Penang Hill jugak. Lama jugaklah kami beratur kat kaunter tiket tu. Disebabkan gambar berdua banyak guna front camera and monopod je, maka gambarnya tak berapa lawa so nah belanja gambar Qifa sensorang.

All these directions, I'm still couldn't find direction to your heart :(

Acah- acah macam kat overseas jap HAHAHAAHA.

Pemandangan dari puncak Penang Hill, cantik kannn? Nampak semua pelosok Penang ni. *cehh
Seronok kan tengok view dia? Sorrylah kalau gambar tak berapa jelas sebab ni guna camera phone je ni. huhu

Haa ambik gambar Qifa lagi.

Qifa lagii.


Qifa lagiiiiiiiiiiiiiiiiii? HAHAHA.
 Sebab Lily ambik gambar lawa. :3 Gambar Lily tak lawa sebab Qifa yang ambik. HAHAHAA. *shhh, jangan bagitau Qifa k?

Bukit Bendera :)))
Kat atas ni, macam- macam ada. Ada masjid, tempat makan so kalau nak stay atas ni dari pagi sampai malam pun boleh. :)

Oh yeaa, kat sini ada Muzium Burung Hantu. Bayaran masuknya, RM10.00 seorang. Dalam muzium ni takde burung hantu yang hidup pun, cuma ada patung burung hantu, bantal burung hantu, gambar burung hantu and banyak information pasal spesies burung hantu.

Ini dia Owl Museum of Penang Hill. :)

Dalam muzium :)

Lukisan burung hantu comel- comel :)


Penang Hill Mosque.
Masjid ni kecik je, memang padat lah manusia dalam tu so, kalau nak solat pandai- pandailah ambik tempat yaa.

Okay belanjalah sikit gambar berdua. kehkeh

Yg banyak- banyak warna pink tu love lock entah apa namanya tah. Mangga cinta kottt. Boleh tulis nama kat situ lepastu acah- acah cinta kau dengan makwe/pakwe kau dah dikunci mati kat situ. HAHAHAA
 
Teropong nak cari awak tapi lupa awak dalam hati saya. Ciaciacia.
PASAL MAKANAN
Haa, pasal makanan janganlah risau sebab kat situ ada food court and memang banyak pilihan makanan best- best. Nak makan laksa penang pun ada nasi kandaq pun ada. Semua ada. 

*sorry takde gambar tempat makan

PASAL SOUVENIRS
Kat sini pun ada banyak kedai jual souvenirs so jangan risau. Pandai- pandailah pilih kedai mana yang lagi murah yaaa.

*sorry takde gambar kedai souvenirs jugak

 Kami turun semula dalam pukul 3 petang macamtu lepas dah puas ambik gambar, makan, dah solat, beli souvenirs, dah penat dah taktau nak pusing mana lagi.

Pendek kata, seronok jugaklah Penang Hill ni. HEHE

Ohhh, kami balik naik bas Hop on Hop off sebab kebetulan bas tu lalu situ masa kami tunggu bas so kami naiklah. Kira macam langgan lah. Kami bayar RM12 untuk 24 jam. Maknanya esok kalau kami naik turun bas ni banyak kali pun boleh dalam tempoh 24 jam. Tapi tiket bas tu jangan buang. Guna satu tiket je tau. Sebenarnya naik bas ni lagi jimat sebab kadang- kadang kita tersalah naik bas lepastu terpaksa patah balik naik bas lain, kan banyak kali kena bayar tambang. Kalau naik bas ni, insyaAllah taksalah naik bas tapi bas ni berhenti kat semua perhentian lah. Kena alert tau. 
 
Seronoknya rehatkan kaki.
Okay, lepas balik dari Penang Hill, kami tak terus balik ke hotel tapi kami merayau- rayau dalam Prangin Mall yang dekat dengan Komtar tu sebab nak tengok jugak dalam mall tu best takkk. HEHE

Dalam Prangin Mall

Sempatlah habiskan duit jap.

"Awak jangan marah- marah cemni. Nanti takhensem." lulz :3

Bagi chancelah kejap. hekhek

Inilah dia Komtar. haaa

Okay nampak tak sebelah Komtar ada stesen bas. Korang nak pergi mana- mana cari je bas dari sini tau. Pastikan naik bas yang betul.




Okaylah, sekian sahaja Part 2. Hari terakhir nanti Lily update kat Part 3 okay?

Terima kasih sudi baca :) Muahhhhhhhhhhhhhh :*

Comments

Popular posts from this blog

Temuduga Yayasan Sukarelawan Siswa Misi Kemanusiaan Ke Laos/Indonesia.

Octopus Card Hong Kong

PENGALAMAN MENAIKI CATHAY PACIFIC KLIA-HONG KONG